Advertisement

Search This Blog

Jaminan Produk Mary Kay®

Produk yang boleh anda yakini. Sebuah syarikat yang boleh anda percayai


Pada tahun 1963, Mary Kay Ash mengasaskan Syarikat beliau berasaskan nilai-nilai peribadi yang membimbing kehidupannya – integriti, kejujuran dan kepercayaan kepada Pedoman Penting dan kuasa menyentuh kehidupan lain.

Hari ini, nilai-nilai ini masih kekal dalam hati kita, termasuk keghairahan untuk membangunkan produk-produk yang boleh menyerlahkan kecantikan luaran dan dalaman seseorang wanita.

Falsafah kami mudah – kami akan melaksanakan jaminan produk yang diberikan.

Sebab kami bangga menyokong disebalik kualiti produk-produk dan faedah yang diberikan, dan jutaan wanita yang boleh menyatakan, “Saya sayang Mary Kay saya!”


Kami mendengar kehendak wanita


Perhubungan dengan wanita-wanita serata dunia membantu kami memahami keperluan mereka dan membolehkan kami melaksanakan produk yang memuaskan dan menggembirakan secara konsisten.

Setiap tahun, beribu-ribu wanita sedunia menggunakan dan menilaikan produk-produk Mary Kay® dengan nasihat pakar sains kulit, agar kami boleh menyukat keberkesanan setiap formula produk serta memastikan ianya memberikan faedah indah yang diinginkan oleh wanita.

Hasil laporan tersebut membantu kami memenuhi keperluan wanita pada masa kini, tetapi juga membangunkan produk yang mereka akan inginkan pada masa depan.


Keselamatan produk adalah keutamaan kami


Mary Kay Inc. melaburkan jutaan dolar dalam penyelidikan dan menjalankan lebih daripada 1.5 juta kajian setiap tahun untuk memastikan setiap ramuan dan produk terhasil memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, kualiti dan prestasi.

Kami tahu bahawa terdapat pendapat berlainan tentang eselamatan ramuan dan sesetengah pendapat ini adalah hasil daripada tafsiran yang tidak lengkap dan tidak tepat.

Kami ingin memberitahu pelanggan bahawa di Mary Kay, setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik dan bukan pendapat.

Kami bergantung pada penyelidikan saintifik dan bekerjasama dengan pakar perubatan yang tidak berat sebelah diluar Syarikat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk kami, dan kami sentiasa memberi lebih daripada yang dikehendaki dari segi undang-undang oleh pihak berkuasa kesihatan dan keselamatan industri sedunia.


Pakar perubatan bebas memainkan peranan penting dalam pembangunan produk


Mary Kay Inc. menjalinkan hubungan dengan ahli dermatologi terkemuka, oftalmologi, jururawat dan ahli perubatan professional dari institut akademik dan klinik swasta.

Melalui kerjasama pakar-pakar ini dan penerokaan berterusan serta penilaian kemajuan dalam teknologi, saintis di Pusat Penyelidikan Mary Kay mampu menghasilkan produk bertaraf dunia.


Kami ingin pelanggan 100 peratus berpuas hati


Kami percaya kepuasan pelanggan bukan acara satu-kali sahaja; ianya komitmen sepanjang hayat.

Mary Kay Inc. berjuang untuk menyediakan maklumat yang jelas, tepat dan dipercayai mengenai keselamatan dan prestasi produk agar pelanggan yakin dengan keputusan yang dibuat.

Itulah sebab Syarikat berdiri kukuh di sebalik produk yang dijual oleh Perunding Kecantikan Bebas dengan jaminan kepuasan produk 100 peratus.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com